Kelas Mari Mengaji.

24 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

23 Februari 2020 – Kelas mengaji ini mendapat kerjasama dari ustaz Ramadhan.Kelas ini terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah Sg Lui. Tujuan utama kelas ini ialah membuka ruang untuk mempelajari Fardhu Ain dengan lebih mendalam lagi.

Antara intipati kelas ini ialah :

 Memberi peluang kepada golongan dewasa bekerjaya meluangkan sedikit ruang untuk mempelajari dan mendalami bacaan Al-Quran.

 Membantu kanak-kanak yang tidak mengikuti kelas secara formal di KAFA untuk terus belajar dan mengenali asas pendidikan Islam dan Al-Quran

 Memberi peluang dan ruang kepada semua muslimin dan muslimat mempelajari, memperbaiki dan mengetahui cara membaca Al-Quran dengan Tajwid dan Mahraj yang betul

Kelas berlansung di Pusat Ekonomi Digital Sungai Lui selama tiga jam bermula dari 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 pagi. Kelas ini dihadiri seramai 8 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali